Now Reading
Kuala Lumpur Di Tempat Ke-13 Untuk Bandar Dengan Pemandangan ‘Skyline’ Paling Indah Di Dunia

Kuala Lumpur Di Tempat Ke-13 Untuk Bandar Dengan Pemandangan ‘Skyline’ Paling Indah Di Dunia

Terdapat 17 bandar dengan pemandangan tercantik yang disenaraikan di dalam majalah antarabangsa Architectural Digest termasuk Singapura dan Bangkok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang menjadi kebanggaan masyarakat negara.

Kota itu sebelum ini telah dinobatkan sebagai bandar kedua terhebat di Asia Tenggara selepas Singapura dalam Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024.

Terkini, Kuala Lumpur jatuh di tempat ke-13 pemandangan bandar paling indah di dunia menurut majalah antarabangsa Architectural Digest.

Sumber gambar: Unsplash

“Seni Bina Bercirikan Pelbagai Budaya Malaysia” – Nga Kor Ming

Perkara itu telah dikongsikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menerusi laman X.

Katanya, seni bina di Malaysia dihiasi dengan ciri-ciri dari pelbagai budaya dalam negara serta pengadaptasian teknologi hijau

Tambahnya lagi, ciri-ciri tersebut dapat menjadi halatuju baharu dalam perancangan perbandaran dalam negara pada masa akan datang.


17 Bandar Dengan Pemandangan Tercantik Di Dunia

Majalah antarabangsa tersebut telah menyenaraikan 17 bandar yang mempunyai pemandangan paling cantik di dunia, dijuarai oleh Manhattan yang terletak di New York, Amerika Syarikat.

Ia diikuti dengan Hong Kong, Chicago, Dubai, Tokyo, serta dua bandar di Australia iaitu Perth dan Sydney.

Senarai ini seterusnya disusuli oleh Shanghai, dua bandar di Asia Tenggara iaitu Singapura dan Bangkok, Tianjin, Panama City, Kuala Lumpur, Milwaukee, Auckland serta Toronto.

Bandar Manhattan, Shanghai dan Singapura (Sumber gambar: Unsplash)

Seni Bina Unik Menara PETRONAS Hiasi Pemandangan Kuala Lumpur

Berdasarkan artikel diterbitkan oleh Architectural Digest, pemilihan Kuala Lumpur sebagai salah satu daripada bandar dengan pemandangan terbaik seluruh dunia bukan sahaja dilakukan dengan mengambil kira ketinggian Menara Berkembar PETRONAS semata-mata.

Sebaiknya, ia disebabkan oleh rekaannya yang mengikut acuan seni bina gaya pasca moden, serta dihiasi ciri-ciri seni bina Islam yang menjadi inspirasi. Menara PETRONAS yang direka oleh César Pelli merupakan menara berkembar tertinggi di dunia.

Malah, latar belakang langit di bandar itu turut menambahkan seri pada mercu tanda negara ini.

Untuk makluman, ibu kota Malaysia mempunyai sejumlah 241 bangunan pencakar langit. Ini termasuk menara Merdeka 118 (dulunya dikenali sebagai Warisan Merdeka, KL 118 dan PNB 118) yang disenaraikan sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia.

Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd