Now Reading
[Video] Pak Arab Promote Kedai Dalam Bahasa Melayu, Tiba-tiba Sebut Nama Ahli Politik Malaysia

[Video] Pak Arab Promote Kedai Dalam Bahasa Melayu, Tiba-tiba Sebut Nama Ahli Politik Malaysia

Dalam satu video lain, lelaki sama turut menyebut nama beberapa orang ahli politik Indonesia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan turut dikenali sebagai lingua franca suatu masa dahulu.

Kini, ternyata bahawa Bahasa Melayu sememangnya mudah difahami apabila ramai individu berbangsa lain seperti Korea, Eropah dan Arab, yang turut pandai, malah fasih dalam bahasa ibunda masyarakat Melayu.


Pak Arab Bercakap Melayu Untuk ‘Promote’ Kedainya

Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki berbangsa Arab bercakap dalam Bahasa Melayu dengan ringkas.

Difahamkan video tersebut telah dirakam di Arab Saudi dengan lelaki terbabit mempromosikan kedainya dalam Bahasa Melayu.

‘Belanja’, ‘murah’, ‘dibeli’ dan ‘madu’ antara perkataan yang disebutnya sebanyak tiga kali dengan sebutan seperti nyanyian.

“Ayuh bapa ibu!” katanya lagi.

Dia juga berkata wang Ringgit Malaysia turut boleh digunakan di kedai tersebut.


Nama 4 Orang Ahli Politik Malaysia Turut Disebut

Semuanya kedengaran normal sahaja pada mulanya. Namun apa yang mengejutkan apabila lelaki Arab tersebut secara tiba-tiba menyebut nama beberapa ahli politik Malaysia.

Nama-nama yang disebutnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Anwar Ibrahim boleh. Mahathir boleh. Abdul Hadi boleh. Sanusi boleh,” katanya.

Menjenguk ke ruangan komen, seorang individu berkata sewaktu dia di Mekah baru-baru ini, ramai orang di sana sering menyebut nama Sanusi. Katanya dia tidak menyangka Sanusi antara individu yang paling popular di Mekah.

“Mahathir dengan Anwar Ibrahim tu macam familiar, tapi yang dua tu siapa ajar tu?” soal seorang pengguna TikTok. Tak sangka betul orang Arab pun kenal Abdul Hadi dan Sanusi!

Seorang individu turut berkata nama-nama ahli politik yang disebut mewakili tiga penjuru, iaitu Pakatan Harapan, PAS dan BERSATU sebelum ini.

https://www.tiktok.com/@daddy.ian.3mpire/video/7384427209819278600

Nama Ahli Politik Indonesia Turut Disebut

Dalam satu video lain, dilihat lelaki sama turut menyebut nama beberapa ahli politik Indonesia ketika mempromosikan kedainya.

Nama yang disebut iailah Presiden Jokowi, serta ketiga-tiga calon dalam pilihan raya presiden 2024 iaitu Anies Baswedan, Prabowo Subianto dan Ganjar Pranowo.

Hebat betul Pak Arab ni kalau betul-betul tahu tentang situasi politik di Malaysia dan Indonesia!

https://www.tiktok.com/@daddy.ian.3mpire/video/7385886976060198145

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd