Now Reading
Langkah Muar: Syed Saddiq Tamatkan Larian Solo 200 km, Raih Sumbangan RM160,000

Langkah Muar: Syed Saddiq Tamatkan Larian Solo 200 km, Raih Sumbangan RM160,000

Inisiatif ‘Langkah Muar’ telah dimulakan oleh Ahli Parlimen, Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Jumaat lalu di Jambatan Sultan Ibrahim Muar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah tiba di bangunan Parlimen sekitar jam 9.30 pagi tadi, sekaligus menamatkan misi larian solo sejauh 200km dari Muar.

Ketibaannya telah disambut oleh penyokong parti MUDA serta ahli parlimen pembangkang.

Pada larian 5km terakhir, ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin, ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dan beberapa pemimpin Bersatu lain turut menyertai Syed Saddiq ke Parlimen.

Difahamkan larian telah disambung pada jam 8.45 pagi ini dari stesen MRT KLCC, lapor Kosmo.


Langkah Muar Tanda Protes Terhadap Kerajaan

Jumaat (28 Jun) lalu, inisiatif ‘Langkah Muar’ telah dimulakan oleh bekas menteri itu di Jambatan Sultan Ibrahim Muar untuk tujuan mengumpul dana bagi kawasan parlimennya serta tanda protes terhadap kerajaan yang mendiskriminasi kawasan parlimen pembangkang.

Menurut Syed Saddiq, kawasan parlimen pembangkang telah lebih setahun tidak menerima sebarang peruntukan. Sebaliknya, kawasan parlimen kerajaan menerima RM20 juta sepenggal.

Dia sebelum ini telah dua kali berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri dan menghantar surat sebanyak tiga kali bagi tujuan rundingan.

Bekas Presiden MUDA itu juga telah beberapa kali melakukan pengumpulan dana seperti menerusi Botak Challenge, kelas ThunderBOLD, menjual lasagna dan menjadi model kurta.

@syedsaddiq

*Langkah MUAR* Saya akan berlari dari Muar ke Parlimen, sejauh 200km!

♬ original sound – Syed Saddiq – Syed Saddiq

Larian Langkah Muar Berjaya Raih RM160,000 Sumbangan

Menurut perkongsiannya di akaun TikTok, kutipan dana sebanyak RM55 ribu berjaya diraih dalam tempoh 24 jam larian bermula. Dalam masa 48 jam, dia berjaya mengumpul dana lebih RM100 ribu, memecah sasaran asalnya.

Setakat pagi tadi, sumbangan sebanyak RM160,000 telah diterima yang akan digunakan bagi pembangunan di kawasan Muar. Syed Saddiq berkata jumlah sumbangan ini diterima daripada lebih 2,000 rakyat Malaysia.

Tambahnya, dia bukan sahaja menerima sumbangan secara dalam talian, malah ada yang turut berjumpa dengannya sewaktu lariannya untuk menyerahkan wang tunai.

“Bukan sekadar sumbang dalam talian kerana sambil saya berlari, ramai berhenti bagi RM20, RM50, RM100, bahkan ada yang beri RM1. Amat luar biasa sekali kerana mereka tak pernah jumpa saya secara fizikal,” katanya.

https://www.tiktok.com/@syedsaddiq/video/7386249878009138452

Syed Saddiq Harap Larian Buka Mata Semua Pihak

Syed Saddiq berkata dia berharap agar larian solonya dapat membuka mata semua pihak berkenaan isu peruntukan ahli parlimen pembangkang.

“Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

“Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama,” katanya dipetik oleh MalaysiaKini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, orang ramai, walaupun di luar kawasan parlimennya telah sama-sama menyokong lariannya. Malah ada yang turut memberi sumbangan makan minum.

Syed Saddiq berkata rakyat Malaysia, walaupun yang tidak pernah ke Muar turut dilihat mempunyai aspirasi yang sama.

“Ada juga tak pernah jejak kaki di Muar pun ada tapi saya lihat mereka in ada aspirasi yang sama, bukan sekadar (tertumpu) di Muar tapi Malaysia secara keseluruhannya.

“Apa adalah (demi) rakyat Malaysia (selaku) pembayar cukai tetap. Mereka kena dapat keadilan dan janganlah hukuman mereka kerana warna politik,” katanya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd