Now Reading
[Video] Penumpang LRT Rekod Saat Menakutkan, Gerabak Keretapi Lalu Kawasan Kebakaran

[Video] Penumpang LRT Rekod Saat Menakutkan, Gerabak Keretapi Lalu Kawasan Kebakaran

Kebakaran terbabit membabitkan tujuh buah rumah setinggan di Bulatan Pudu, dengan enam daripadanya musnah sepenuhnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Petang semalam (19 Jun), tular satu video menunjukkan kejadian kebakaran yang dirakam dari dalam gerabak LRT.

Video yang dimuatnaik oleh pengguna joyce71888 di laman Xiaohongshu telah dikongsi semula di beberapa platform media lain.


Gerabak Terasa Panas Akibat Haba Kebakaran

Berdasarkan penerangannya, kejadian itu dirakam sewaktu dalam perjalanan dari stesen Pudu ke Chan Sow Lin pada jam 8.13 malam Selasa (18 Jun).

Dia pada mulanya ternampak cahaya merah di cermin berhadapannya sebelum berasa keretapi semakin menghampiri kebakaran tersebut.

Katanya, gerabak tersebut kemudiannya terasa sangat panas secara tiba-tiba. Insiden yang menakutkan itu menyebabkan penumpang yang duduk di hadapannya berdiri.


7 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran

Berdasarkan laporan oleh Berita Harian, insiden kebakaran terbabit melibatkan tujuh buah rumah setinggan di Bulatan Pudu, Jalan Pudu.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan tiga buah kereta, tiga motosikal dan tingkat atas sebuah rumah kedai.

Panggilan kecemasan telah diterima oleh Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur pada jam 8.04 malam.

Sehubungan itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling segera bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran tersebut.

Seramai 25 anggota bomba serta tiga jentera FRT, satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dan dua jentera Water Tanker terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran itu.


Operasi Pemadaman Kebakaran Tamat Selepas Hampir 6 Jam

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba L Logeswaran, berkata enam daripada tujuh rumah yang terbakar musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi musnah 40%.

“Kebakaran juga membabitkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan seratus peratus di bahagian tingkat atas. Terdapat juga tiga kereta dan tiga motosikal terbabit dalam kebakaran musnah seratus peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 1.43 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Kebakaran Libatkan 13 Keluarga

Menurut Timbalan Pengerusi Sub Zon 6, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, Zaimi Shamsuri, sebanyak 13 keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Walau bagaimanapun, hanya tiga orang mangsa yang telah dibawa ke Dewan SK Jalan Hang Tuah (1) yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara setakat 3 pagi semalam (19 Jun).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd