Now Reading
Penyelam Malaysia Berusia 22 Tahun Maut Di Singapura Ketika Bersihkan Kapal

Penyelam Malaysia Berusia 22 Tahun Maut Di Singapura Ketika Bersihkan Kapal

Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Hospital Besar Singapura dan meninggal dunia di sana akibat kecederaan dialami.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang penyelam dari Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja di Eastern Anchorage, di sepanjang Marina South Pier, Singapura.

Kemalangan yang berlaku pada Selasa (18 Jun) terjadi sewaktu mangsa melakukan kerja-kerja pembersihan lambung kapal di sana.


Mangsa Tersangkut Pada Kipas Bot

Menurut jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura, kemalangan berlaku sekitar jam 2.10 petang dengan mangsa tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.15 petang.

Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Hospital Besar Singapura, namun meninggal dunia di sana akibat kecederaan dialami.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, tiada sebarang unsur jenayah disyaki, lapor CNA.


Aktiviti Menyelam Di Tempat Kerja Diarahkan Berhenti

Insiden terbabit sedang disiasat oleh MOM. Malah, majikan tempat kerja tersebut turut diarahkan agar menghentikan kesemua aktiviti menyelam.

Jurucakap MOM menegaskan bahawa prosedure menyelam komersial perlu menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ (SSDE) atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ (CSCUBA) sebagai langkah keselamatan.

Tambahnya, penggunaan peralatan dan alat yang sepatutnya semasa operasi akan memudahkan koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia.

“Alat pernafasan dalam air untuk rekreasi (selam skuba) tidak boleh digunakan bagi operasi menyelam komersial,” katanya lagi.


Alat Menyelam Komersial Mempunyai Sistem Komunikasi

Bekas presiden Commercial Diving Association Singapore (CDAS), Abdul Malik Mohamed Abdul Kadir, berkata penting bagi penyelam komersial untuk memakai kelengkapan yang betul bagi melindungi mereka dari bahaya di dalam air.

“Kedua-dua SSDE dan CSCUBA mempunyai sistem komunikasi bagi penyelam untuk berhubungan dengan darat, dan seutas tali atau ‘lifeline’ untuk mengelakkan penyelam daripada dihanyut ombak kuat,” katanya dipetik Straits Times.

Malik menerangkan peralatan selam rekreasi sebaliknya tidak mempunyai sistem komunikasi atau talian lifeline.

Walaupun ditemani seorang buddy, peralatan rekreasi tidak boleh digunakan bagi selaman komersial kerana tiada langkah keselamatan yang secukupnya.

Bekas presiden Commercial Diving Association Singapore (CDAS), Abdul Malik Mohamed Abdul Kadir.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd