Now Reading
Thailand Akan Jadi Negara Pertama Di Asia Tenggara Iktiraf Perkahwinan Sejenis

Thailand Akan Jadi Negara Pertama Di Asia Tenggara Iktiraf Perkahwinan Sejenis

Penguatkuasaan undang-undang ini turut menjadikan Thailand negara ketiga di Asia yang membenarkan perkahwinan sejenis selepas Taiwan dan Nepal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui perkahwinan merupakan penyatuan dua jiwa di antara lelaki dan perempuan.

Namun kini, di dunia barat ada segelintir individu yang memilih pasangan dari jantina yang sama untuk dijadikan suami atau isteri.

Ini boleh dilihat apabila ada beberapa negara pula mengiktiraf hubungan tersebut sehingga membenarkan golongan LGBTQ (lesbian, gay, biseksual dan transgender) melangsungkan perkahwinan.

Antara negara yang mengiktiraf hubungan tersebut adalah Belanda, Belgium, Sepanyol, New Zealand dan Perancis.

Thailand Negara Asia Tenggara Pertama Iktiraf Perkahwinan Sejenis

Terbaharu, Thailand bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Ini selepas Senat Thai telah meluluskan bacaan akhir Rang Undang-Undang (RUU) kesaksamaan perkahwinan semalam (18 Jun).

RUU itu mendapat undian daripada 130 senator yang menyokong RUU tersebut manakala empat orang menentangnya dan 18 orang mengambil keputusan berkecuali.

“Undang-undang kesaksamaan perkahwinan baru Thailand ialah kejayaan untuk keadilan dan hak asasi manusia,” kata ahli hak asasi manusia Fortify Rights, Mookdapa Yangyuenpradorn.

Penguatkuasaan undang-undang ini turut menjadikan Thailand negara ketiga di Asia yang membenarkan perkahwinan sejenis selepas Taiwan dan Nepal.

Bakal Diluluskan Dalam Tempoh 120 Hari

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin menganggap ia sebagai satu pencapaian penting dalam RUU tersebut.

Malah, Srettha menerusi ciapan di platform X dilihat bangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh negara itu dalam memperjuangkan hak sosial tanpa mengira status individu.

Undang-undang tersebut bakal diluluskan dalam tempoh 120 hari lagi selepas RUU itu akan dibawa oleh Srettha bagi meminta perkenan diraja sebelum diwartakan.

Ganti Perkataan Jantina Dengan Perkataan Neutral

Malah, versi akhir RUU itu turut menggantikan perkataan jantina dalam Kanun Sivil dan Komersial seperti suami, isteri, lelaki dan wanita kepada perkataan yang lebih neutral jantina seperti pasangan dan orang.

Ia bagi membolehkan pasangan LGBTQ+ mendapat hak saksama khususnya yang melibatkan perkahwinan, kebajikan, pengambilan anak, kebenaran penjagaan kesihatan, pengurusan bersama harta, warisan dan akses kepada faedah pasangan seperti potongan cukai dan pencen kerajaan.

Malah, penguatkuasaan undang-undang itu juga dilihat dapat mengelakkan perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak dengan menaikkan umur minimum persetujuan untuk berkahwin menjadi 18 tahun.

“Kerajaan Thailand kini mesti memberi tumpuan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang ini dengan pantas dan berkesan untuk melindungi hak LGBTQ+.

“Kesaksamaan perkahwinan adalah asas kepada maruah manusia, dan adalah penting bagi Thailand melindungi hak-hak ini tanpa berlengah-lengah atau diskriminasi,” kata Mookdapa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd