Now Reading
Dua Lipa Sekali Lagi Tegas Dengan ‘Israel Genosid’, Sanggup Hadapi Kecaman Demi ‘Kebaikan Sejagat’

Dua Lipa Sekali Lagi Tegas Dengan ‘Israel Genosid’, Sanggup Hadapi Kecaman Demi ‘Kebaikan Sejagat’

Dua Lipa sebelum ini telah memuat naik grafik oleh kumpulan Artists4Ceasefire beserta hashtag #AllEyesOnRafah di Instagram Story.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bintang pop terkenal, Dua Lipa, berkata dia sanggup berdepan dengan kecaman ramai disebabkan oleh kenyataan politiknya yang mengatakan operasi ketenteraan di Gaza sebagai satu bentuk genosid oleh rejim Israel.

Dalam satu temubual bersama Radio Times, penyanyi berketurunan Britain-Albania itu berkata bahawa dia akan menyemak dirinya berkali-kali sebelum mengeluarkan suatu kenyataan.

“Apabila saya bercakap tentang isu yang bersifat politik, saya akan menyemak diri sendiri dua, tiga kali sehingga merasakan ini adalah sesuatu yang lebih besar dari saya, dan ia harus dilakukan – dan itu sahaja sebab saya memuat naik hantaran itu,” katanya dipetik Radio Times.

Kenyataan tersebut dikeluarkan olehnya kerana dia merasa ia adalah demi ‘kebaikan sejagat’ dan berbaloi untuk berhadapan dengan sebarang risiko.

Ia sentiasa akan dikecam dan berhadapan pandangan berbeza, jadi ia merupakan keputusan yang besar. Saya menyeimbangkannya kerana akhirnya saya berasa ia adalah demi kebaikan yang lebih besar, oleh itu saya sanggup [menerima kecaman].

Penyanyi pop, Dua Lipa

Dua Lipa Muat Naik #AllEyesOnRafah Di IGS

Terdahulu, Dua Lipa yang merupakan pemenang anugerah Grammy telah berkongsi semula grafik oleh kumpulan Artists4Ceasefire beserta hashtag #AllEyesOnRafah di Instagram Story.

Dia ketika itu menulis, “Membakar kanak-kanak hidup-hidup tidak boleh dibenarkan. Seluruh dunia sedang bergerak untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.”

Jumlah pengikutnya sebelum ini ialah 88.2 juta, namun berkurangan sedikit ke 88.1 juta mungkin disebabkan oleh kenyataannya tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Dua Lipa Muat Naik Instagram Story Kecam ‘Israeli Genocide’


Lagu Rap Israel Seri Keganasan Terhadap Dua Lipa

Pada awal tahun, penyanyi duo Israel telah menghasilkan satu lagu rap yang menyeru keganasan terhadap individu terkenal yang pernah berkongsi pandangan pro-Palestin.

“Setiap anjing akan berdepan apa yang datang kepada mereka,” sebut lirik lagu tersebut sebelum menyenaraikan nama Dua Lipa, di samping supermodel Bella Hadid dan bekas filem dewasa Mia Khalifa.

Sumber gambar: Instagram (@dualipa/ @bellahadid/ @miakhalifa)

Keturunan Jadi Penyebab Dua Lipa Terbuka Dalam Hal Politik

Berketurunan Kosova-Albania, Lipa percaya bahawa perkara itu mempengaruhi pandangannya yang terbuka terhadap politik.

“Ia bersifat semula jadi bagi saya, memandangkan latar belakang, keturunan dan kewujudan saya sendiri seolah-olah bersifat politik – ia bukanlah sesuatu yang pelik bagi saya,” katanya.

Dua Lipa juga berkongsi pendapatnya berkenaan situasi politik di United Kingdom dan akan terus menyokong parti Labour.

Katanya, dia tidak mahu berdiri di belakang pemimpin parti politik tertentu. Walaupun dia akan sentiasa menyokong Labour, namun dia merasakan tidak akan menyokong atau menghentam sesiapa.

Ahli politik secara umumnya pasti mempunyai cara untuk mengecewakan anda.

Penyanyi pop, Dua Lipa.

Untuk rekod, Dua Lipa bakal mengadakan konsert ‘Radical Optimism’ di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 November ini.

Tiket bagi konsert yang dianjurkan oleh Live Nation Malaysia ini telah habis terjual paga hari penjualan dibuka yang menyebabkan mereka mengadakan hari kedua.

Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web GoLive Asia dengan harga bermula dari RM298 hingga RM1098.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd