Now Reading
[Video] Boleh Ke Majikan Halang Pekerja Masuk Ke Industri Sama Selepas Letak Jawatan? Ini Kata Perunding HR

[Video] Boleh Ke Majikan Halang Pekerja Masuk Ke Industri Sama Selepas Letak Jawatan? Ini Kata Perunding HR

Majikan juga mungkin menghalang pekerja daripada melakukan perdagangan dengan pihak ketiga ketika masih bekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menyertai sesebuah syarikat, pasti pekerja perlu menandatangani kontrak pekerjaan yang menggariskan undang-undang berkaitan.

Mungkin tidak ramai yang tahu, namun ada juga yang disuruh menandatangani kontrak saat meletak jawatan yang mencegah mereka daripada menyertai syarikat lain atau pesaing dalam industri sama.

Selalunya perkara ini dilakukan bagi mengelak sebarang ‘trade secrets’ syarikat daripada dikongsikan oleh pekerja dengan majikan baharu.


Individu Tidak Boleh Dihalang Menjalani Perdagangan Secara Sah

Isu ini telah dijelaskan oleh seorang individu yang merupakan perunding HR, Syakir, di akaun TikTok miliknya.

Seorang pengikutnya telah bertanya sama ada majikan boleh meminta pekerja untuk menandatangani kontrak sewaktu meletak jawatan yang menghalangnya daripada menyertai industri sama selama dua tahun.

Menurutnya, walaupun undang-undang berhubung perkara ini tidak dinyatakan di bawah Akta Kerja 1955, namun ia jelas bertentangan undang-undang dalam Akta Kontrak 1950.

Sumber gambar: Pexels

Seksyen 28 di bawah akta ini menjelaskan bahawa sebarang perjanjian yang menghalang seseorang daripada menjalankan pekerjaan, perdagangan atau perniagaan secara sah adalah terbatal.

Tambah Syakir, walaupun kontrak tersebut ditandatangani, ia akan secara sendirinya terbatal dan menjadi tidak diperakui di sisi undang-undang.

Perkara ini bermakna individu terbabit tidak lagi terikat dengan kontrak yang ditandatangani olehnya dan bebas untuk terlibat dengan sebarang aktiviti perdagangan lain yang sah.

@syakirhr Replying to @Amlyn.as terma terbatal kalau resign tak boleh kerja ngan industri yang sama #gaji #pontengkerja😜😜😜 #kerjalebihmasa #kerjaovertime #overtime #aktakerja1955 #aktakerja #undangundangmalaysia #undangundang #sumbermanusia #hakmajikan #kerja #bonustahunan #harikelepasanam #cutiraya #gajipekerja #cutibersalin #cutisakit #bonus #mengandung ♬ original sound – Syakir HR Consultancy

3 Perkara Ini Tak Akan Sebabkan Kontrak Terbatal

Untuk makluman tambahan, terdapat tiga pengecualian di bawah seksyen sama.

Pertama, dalam penjualan sesebuah jenama syarikat (goodwill), penjual boleh bersetuju dengan pembeli untuk tidak menjalankan perdagangan yang sama dalam satu tempoh yang dibenarkan. Perkara ini tertakluk kepada had yang dilihat bermunasabah mengikut mahkamah.

Di samping itu, rakan kongsi sesebuah syarikat yang akan dibubarkan juga boleh bersetuju agar sesetengah daripada mereka atau semua sekali tidak menjalankan perniagaan yang sama dengan syarikat tersebut, mengikut tempoh tertentu.

Bagi perkongsian (partnership) yang dilanjutkan pula, sesetengah rakan kongsi atau kesemuanya boleh bersetuju untuk tidak menjalankan apa-apa perniagaan selain dari perkongsian tersebut.

Sumber: Akta Kontrak 1950

Pekerja Boleh Dihalang Dari Menawarkan Servis Kepada Pihak Ketiga

Seperti dinyatakan oleh Syakir, seorang pekerja tidak boleh dihalang oleh bekas majikan untuk menyertai industri sama setelah meletak jawatan.

Namun bagi mereka yang masih bekerja di bawah suatu syarikat, majikan boleh meletakkan syarat agar pekerja tidak terlibat dengan perdagangan lain dalam industri sama.

Menurut laman web Richard Wee Chambers, perkara ini dijelaskan di dalam Halsbury’s Laws of Malaysia on Contract (Volume 4). Walaupun ada penyekatan perdagangan, namun ia tidak dianggap sebagai sekatan perdagangan (restraint of trade) seperti yang terbatal di bawah Seksyen 28 Akta Kontrak 1950.

Oleh itu, perjanjian bahawa pekerja syarikat tidak boleh mempraktikkan perdagangan atau menawarkan kemahirannya kepada pihak ketiga bukanlah satu bentuk sekatan yang akan terbatal.

Jika pekerja melakukan perkara sedemikian, ia bermakna dia telah melanggar perjanjian kontrak dan mungkin telah melakukan konflik kepentingan (conflict of interest).

Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd