Now Reading
[Video] Belum Sempat Habiskan Nyanyian, David Foster Ambil Mikrofon Dari Siti Nurhaliza

[Video] Belum Sempat Habiskan Nyanyian, David Foster Ambil Mikrofon Dari Siti Nurhaliza

Orang ramai sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyertai konsert anjuran David Foster yang merupakan seorang penyokong tegar Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hujung minggu lalu, tular apabila penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menerima jemputan ke konsert ‘Hitman Returns David Foster and Friends’ di Jakarta, Indonesia.

Konsert yang berlangsung pada 15 Jun itu dianjurkan oleh David Foster dari Kanada yang merupakan seorang penyokong tegar rejim Zionis.

“Dia (David Foster) sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh `Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF),” kata BDS Malaysia dalam kenyataannya.

Baca Artikel Berkaitan: BDS Malaysia Kecewa Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Di Jakarta


TokTi Tak Sempat Habiskan Nyanyian

Semalam, tular satu video dimuat naik di laman X oleh penulis Faisal Tehrani (@MohdFaizalMusa1), menyaksikan TokTi sedang menyanyikan lagu ‘Mary Had A Little Lamb’ setelah diminta oleh Foster.

Foster walau bagaimanapun telah mengucapkan “thank you” dan mengambil mikrofon sebelum Siti sempat menghabiskan nyanyiannya.

Apabila dibandingkan dengan tiga orang lagi penyanyi lain iaitu Brian McKnight, Katharine McPhee dan Josh Groban, kesemua mereka diberi peluang menamatkan nyanyian mereka.

Malah, kedengaran orang ramai yang berada di sana turut memberi sokongan terhadap penyanyi lain.

Perkara ini menyebabkan orang ramai mempersoalkan cara layanan Foster terhadap Siti dan mengaitkannya dengan perangai seorang Zionis.

Video tersebut dikongsikan semula daripada TikTok @syehashfra.

https://www.tiktok.com/@syehashfra/video/7380934344661077254

“Siti Tak Payah Nyanyi Dah Tahu Sedap Dah” – Pengguna TikTok

Menjenguk ke ruangan komen, ramai individu dipercayai rakyat Malaysia mempersoalkan tindakan Foster yang seolah-olah merampas mikrofon dari penyanyi kesayangan negara itu.

Seorang pengguna TikTok berkata mungkin cara nyanyian TokTi bagi lagu tersebut biasa yang menyebabkan Foster menghentikannya.

Ada juga yang berpandangan lebih positif dengan keadaan itu dan mengaggap mereka sudah biasa bergurau sedemikian. Dilihat pada video tersebut, Foster telah berkata, “Kesemua ini penyanyi hebat!” yang termasuk Siti.

Seorang individu pula berseloroh berkata mungkin Foster minta Siti berhenti menyanyi kerana tahu bahawa suaranya memang cukup sedap dan tidak perlu ‘diuji’ lagi!


Siti Nurhaliza Gantikan Jessie J Saat Akhir

Dalam pada itu, media Pop Crave menyatakan bahawa penyertaan Siti di dalam konsert tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang sejak awal.

Sebaliknya, dia dipanggil pada saat-saat akhir bagi menggantikan penyanyi English, Jessie J, yang membatalan penyertaannya hanya dua hari sebelum tarikh konsert.

Ini mungkin menjelaskan bahawa pihak Siti telah terlepas pandang mengenai kaitan Foster dengan IDF. Dia juga sebelum ini pernah menyertai konsert sama di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada Ogos 2023.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd