Now Reading
Suhaimi Sulaiman Nafi Sengaja Cipta Kontroversi Ustaz Don Untuk Naikkan ‘Rating’ Program

Suhaimi Sulaiman Nafi Sengaja Cipta Kontroversi Ustaz Don Untuk Naikkan ‘Rating’ Program

Suhaimi menjelaskan RTM merupakan jenama milik kerajaan yang tidak pernah memikirkan tentang rating atau jumlah tontonan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada awal Jun lalu, antara kontroversi hangat yang menjadi bualan pengguna media sosial adalah mengenai isu pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid.

Kenyataan Ustaz Don berhubung kisah hidup Nabi Muhammad SAW menjadi bualan hangat apabila dia mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Hani sebanyak tiga kali dan merupakan cinta pertama Rasulullah.

Kenyataannya itu mencetuskan perdebatan dan pertikaian di media sosial hingga Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Suhaimi Sulaiman mengambil langkah untuk merehatkan Ustaz Don dari program Salam Baitullah terbitan RTM.

Namun, tindakan Suhaimi itu dianggap sengaja mencipta kontroversi oleh sesetengah pihak yang mendakwa ia hanya sekadar mahu naikkan rating program tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Don ‘Direhatkan’ Daripada Program Salam Baitullah Di RTM – Suhaimi Sulaiman

Bukan Sengaja Cipta Kontroversi Untuk Naikkan Rating

Menolak dakwaan itu, Suhaimi menjelaskan RTM merupakan jenama milik kerajaan yang tidak pernah memikirkan tentang rating atau jumlah tontonan.

“Kita bukan syarikat swasta. Kita jenama atau stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia. Saya sebagai penjaga jenama harus bertindak pantas sekiranya ada sebarang isu terjadi.

“Kejar rating tidak pernah ada dalam kamus jenama RTM. Dan, kita tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan daripada kesusahan yang melanda orang lain,” katanya.

Ustaz Don Kembali Bertugas Selepas Perbincangan Dengan Pihak JAKIM

Tambah Suhaimi, pendakwah itu akan meneruskan kembali tugasnya dalam program Salam Baitullah selepas perjumpaan Ustaz Don dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) telah diadakan pada Selasa (11 Jun) lalu.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya rehatkan Ustaz Don kerana tidak mahu orang saling berbalah.

“Selepas berjumpa dengan JAKIM dan Ustaz Don pun mengakui khilafnya, kita ‘move on’. Tiada manusia dalam dunia ini yang terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Jadi, Ustaz Don boleh menjalankan tugasnya dalam program seperti biasa cumanya, saya nasihatkan kepada semua orang (bukan Ustaz Don sahaja) agar berhati-hati dalam berbicara agar kesilapan lama tidak berulang,” ujarnya lagi.

Malah, Suhaimi turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan segala program yang disiarkan di stesen tersebut mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada.

Terdahulu, kenyataan penceramah itu sebelum ini turut mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hingga mereka mengeluarkan penjelasan mengenai kisah Ummu Hani.

Susulan daripada itu juga, Ustaz Don telah dipanggil JAKIM dalam satu pertemuan pada Selasa (11 Jun) yang lalu yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Sejarah Nabi Muhammad, JAKIM Akan Panggil Ustaz Don

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kisah Ummu Hani’ Cinta Pertama Nabi Muhammad SAW? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd