Now Reading
Tabung Haji Jadi Contoh Buat Thailand Untuk Wujudkan Simpanan Bagi Bakal Jemaah

Tabung Haji Jadi Contoh Buat Thailand Untuk Wujudkan Simpanan Bagi Bakal Jemaah

Menurut Ketua Delegasi Haji Thailand, kuota 13,000 haji Thailand tidak penuh disebabkan oleh faktor ekonomi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Musim haji telah bermula dengan ramai umat Islam tiba di tanah suci sejak Mei bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Di Malaysia, Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan institusi utama yang bertanggungjawab bagi menguruskan jemaah haji. Ia juga berfungsi mewujudkan simpanan bagi pendeposit dan melakukan pelaburan yang patuh syariah.


Malaysia Jadi Contoh Bagi Usaha Simpanan Keagamaan

Terkini, media melaporkan bahawa pengurusan tabung bakal jemaah oleh TH menjadi inspirasi buat rombongan haji Thailand.

Ketua Delegasi Haji Thailand, Abdul Baziz Chema, berkata masih tiada sebarang inisiatif sebegitu di Thailand untuk bakal tetamu Allah SWT ke tanah suci.

Beliau yang juga Ketua Majlis Agama Yala mengakui Malaysia sebagai suri teladan dalam mendidik orang ramai menabung bagi haji dan perkara keagamaan lain.

“Saya mengakui Malaysia adalah suri teladan dari segi mendidik orang ramai dari kecil untuk menyimpan bagi tujuan keagamaan seperti haji. Ini adalah salah satu aspek yang kami fikir sangat menarik untuk kami fahami dan pelajari,” katanya.


Syarikat Swasta Uruskan Haji Jemaah Thailand

Abdul Baziz berkata urusan haji di Thailand dikendalikan oleh sejumlah 88 buah syarikat swasta.

Tidak seperti Malaysia yang ada Tabung Haji, yang berpengalaman 60 tahun menguruskan hal ehwal haji, soal haji di Thailand diuruskan oleh pihak swasta.

Ketua Delegasi Haji Thailand, Abdul Baziz Chema.

Di samping itu, Penasihat Syeikul Islam Thailand itu berpendapat bahawa TH cemerlang dalam menguruskan jemaah haji terutamanya dari segi simpanan bagi menunaikan ibadah tersebut.

Abdul Baziz bersama delegasi terdiri daripada pasukan perubatan dan media sosial seramai 30 orang telah bertemu dengan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan kumpulan pengurusan TH di ibu pejabat TH Abraj Jenadriyah.


Kuota Haji Thailand Tidak Penuh

Menurutnya, Thailand menerima 13,000 kuota haji setiap tahun, namun ia tidak pernah penuh.

Kuota itu tidak pernah diisi penuh. Ada sahaja halangan dalam kalangan jemaah untuk menunaikan haji.

Ketua Delegasi Haji Thailand, Abdul Baziz Chema.

Abdul Baziz memaklumkan bahawa jemaah haji Thailand tahun ini ialah 7,730 orang sahaja berbanding 11,000 tahun lepas. Menurutnya perbezaan yang ketara ini disebabkan oleh faktor ekonomi dengan kos mengerjakan haji bagi jemaah Thailand adalah sekitar RM40,000.

Sebagai perbandingan, kuota haji bagi Malaysia tahun ini ialah 31,600 tempat dan kesemua slot telah penuh diisi termasuk rayuan.

Kos haji pula adalah di antara RM12,356 hingga RM33,300 mengikut latar belakang ekonomi jemaah.

Sumber gambar: Tabung Haji/ Facebook

Badan Pengurusan Haji Thailand Tidak Menguruskan Simpanan

Katanya lagi, walaupun Thailand mempunyai badan pengurusan hajinya yang tersendiri, namun ia hanya berfungsi bagi membantu para jemaah. Tidak seperti TH, institusi tersebut tidak bertanggungjawab ke atas aktiviti lain seperti simpanan dan pelaburan.

Dalam masa sama, TH telah berkongsi model yang dipraktikkannya dalam pelbagai aspek. Kedua-dua institusi itu juga saling bertukar pengalaman menguruskan jemaah haji, kata Syed Saleh.

Di akhir perbincangan, kita (TH) turut mengundang delegasi haji Thailand untuk datang ke Malaysia dan turut sama terlibat dalam muzakarah sebelum musim haji bermula.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Menurut beliau, TH dan rombongan haji Thailand sering bertukar pandangan dan pengalaman pengurusan haji menerusi perjumpaan tahunan. Katanya lagi, hubungan baik antara kedua-dua pihak telah lama terjalin memandangkan negara-negara di rantau ini berada di bawah muassasah sama.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Tips Untuk Bakal Jemaah Haji. #8 Paling Penting

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Pernah Tolak Tawaran 3 Kali, Sambut Panggilan Haji Tahun Ini Walaupun Berkerusi Roda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd