Now Reading
Elon Musk Secara Rasmi Benarkan Pengguna X Muat Naik Konten Pornografi

Elon Musk Secara Rasmi Benarkan Pengguna X Muat Naik Konten Pornografi

X dilihat seolah-olah ingin mengikuti jejak langkah OnlyFans yang mempromosikan kandungan dewasa kepada orang awam secara meluas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Platform media sosial, X atau dahulu dikenali sebagai Twitter secara rasmi telah membenarkan para pengguna untuk memuat naik kandungan dewasa.

Memetik The Star, langkah membenarkan perkongsian konten ‘not safe for work’ (NSFW) itu sekali gus menjadikan ia sebagai dasar rasmi syarikat yang telah dibeli oleh billionaire, Elon Musk pada tahun 2022 lalu.

Foto: Pexels

Bahan lucah perlu dihasilkan dan diedarkan secara persetujuan sahaja

X menerusi laman web rasminya pada baru-baru ini berkata, para pengguna boleh mencipta, mengedar dan menggunakan bahan yang berkaitan dengan tema seksual selagi ia dihasilkan dan diedarkan secara persetujuan.

“Ekpresi seksual, sama ada visual atau bertulis, boleh menjadi bentuk ekpresi artistik yang sah,” kata syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu.

Kandungan dewasa dihadkan kepada kanak-kanak dan mereka yang tidak ingin tengok

Menurut X, ia bagaimanapun menghadkan kandungan dewasa untuk kanak-kanak dan bagi pengguna yang memilih untuk tidak melihatnya.

“Kami juga melarang kandungan yang mempromosikan eksploitasi, tanpa izin, merendahkan martabat, seksualisasi atau bahaya kepada kanak-kanak bawah umur dan kelakuan lucah,” katanya lagi.

Tambahnya, pihak X juga tidak membenarkan perkongsian kandungan dewasa di tempat ketara seperti di gambar profil atau banner.

X seolah-olah ingin mempromosikan kandungan lucah seperti OnlyFans

Dasar yang dipertengahkan oleh X ini adalah berbeza dengan platform media sosial yang lain. Syarikat itu dilihat seolah-olah ingin mengikuti jejak langkah OnlyFans yang mempromosikan kandungan dewasa kepada orang awam secara meluas.

Profesor komunikasi di Cornell Universiti, Brooke Erin Duffy berkata, langkah yang dilakukan ini adalah bersesuaian dengan strategi pemasaran syarikat itu selain ia dilihat berusaha untuk membezakannya daripada pesaing yang lain.

Difahamkan, dasar membenarkan perkongsian konten lucah ini terpakai kepada gambar sebenar dan juga imej yang dihasilkan kecerdasan buatan (AI).

Pengguna yang sering muat naik konten dewasa diminta untuk laraskan tetapan media

X turut meminta pengguna yang kerap berkonsi konten lucah untuk mengubah tetapan media dengan meletakkan semua imej dan video mereka di belakang amaran kandungan.

Ini memerlukan pengguna untuk mengakui bahawa mereka mahu melihat imej yang disiarkan sebelum mereka boleh melihatnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd