Now Reading
Lelaki Mengadu Tidur Terganggu Gara-Gara Cahaya Lampu Signboard Terlalu Cerah

Lelaki Mengadu Tidur Terganggu Gara-Gara Cahaya Lampu Signboard Terlalu Cerah

Walau bagaimanapun, Dennis melalui hantaran terbaharunya memaklumkan syarikat berkenaan tidak lagi memasang lampu terbabit selepas tular dalam tempoh 24 jam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidur merupakan satu proses istirehat dan amat penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana ia membantu individu untuk mendapatkan semula tenaga setelah seharian penat bekerja.

Bagi kembali cergas keesokan hari, setiap orang perlu mendapat tidur yang lena dan mencukupi sekurang-kurangnya lapan jam sehari.

Namun, mendapatkan tidur yang lena itu bukanlah satu perkara yang mudah buat segelintir individu.

Ini kerana selain dilanda masalah, faktor gangguan atau luaran lain turut menjadi punca seseorang itu sukar mendapat tidur yang lena.

Lampu Papan Tanda Terlalu Terang Hingga Ganggu Tidur

Begitulah yang dihadapi oleh seorang individu yang tinggal berhampiran Pusat Beli Belah Midvalley South Key, Johor Bahru.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook Dennis Tan, dia meluahkan rasa tidak selesa apabila cahaya lampu papan tanda milik sebuah syarikat insurans terkenal, AIA Malaysia terlalu terang hingga membuatkan dia sukar untuk tidur.

Difahamkan, cahaya lampu berwarna merah itu dipancarkan daripada pusat beli belah berkenaan.

“Helo AIA Midvalley Johor Bahru, papan tanda anda terlalu terang. Sangat menganggu,” tulisnya menerusi hantaran itu.

Malah, Dennis turut memuat naik beberapa gambar sebagai bukti cahaya lampu milik syarikat berkenaan terlalu terang hingga menembusi ke bilik tidurnya walaupun sudah ditutup dengan tirai (blind curtain).

Hantaran lelaki itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata simpati dengan nasib yang menimpa pemuda berkenaan.

Mengintai ruangan komen, ada warganet yang turut menyebut AIA Malaysia agar syarikat berkenaan memberi respon balas.

Malah, ada yang turut meminta Dennis agar membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) supaya tindakan dapat diambil.

Hello!👋 AIA Midvalley JB Your signboard is Extremely Bright Very Disturbing lor 😒

Posted by Dennis Tan on Wednesday 29 May 2024

Lampu Dipadam Selepas Hantaran Tular

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan tidak lagi memasang lampu terbabit selepas hantaran Dennis menjadi tular dalam tempoh 24 jam.

Menurut Dennis melalui hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya, dia mengucapkan terima kasih kepada syarikat AIA Malaysia dan MBJB atas respon pantas yang diberikan.

Malah, dia juga turut menzahirkan ucapan tersebut kepada pengguna-pengguna Facebook yang lain kerana membantu dirinya menyelesaikan masalah tersebut.

“Kuasa Facebook, hantaran tular dalam tempoh 24 jam. Buat masa ini mereka (AIA Malaysia) menutupnya buat sementara waktu.

“Terima kasih AIA Malaysia untuk respon pantas. Harapnya papan tanda anda selepas ini datang dengan cahaya lampu yang lebih selesa dan terima kasih MBJB untuk respon.

“Saya boleh tidur dengan aman dan bahagia,” tulis Dennis.

The Power Of Facebook 😍 It’s Went Viral within 24hrs And They had switch it off for the time being Thank you Guys…

Posted by Dennis Tan on Thursday 30 May 2024

Sebagai info, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menetapkan syarat dan tahap kecerahan yang perlu dipatuhi bagi setiap pemasangan papan iklan digital, elektronik dan LED. Ini bagi memastikan kecerahan paparan iklan tidak menganggu persekitaran.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), tahap kecerahan papan billboard yang ada lampu jalan ialah 1200 nits@cd/m2 siang dan 300 nits@cd/m2 malam.

Manakala papan billboard di kawasan yang tiada lampu jalan pula ialah 600 nits@cd/m2 siang dan 150 nits@cd/m2 malam.

Selain itu, setiap paparan iklan jenis LED perlu mempunyai kawalan pencerahan automatik (automatic dimming) untuk mengubah kecerahan paparan bersesuaian dengan kecerahan persekitaran.

Namun, keluasan kawasan yang diterangi bergantung kepada lokasi seperti kawasan bandar, pinggir dan luar bandar.

Info Mengenai Aduan Perkhidmatan Perbandaran

Untuk info, sekiranya individu menghadapi masalah sama seperti Dennis atau masalah lain yang berkaitan perkhidmatan perbandaran, anda boleh membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui aplikasi i-Tegur.

Ia merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memudahkan rakyat untuk membuat sebarang aduan mengenai perkara berikut:

  • Bangunan/rumah
  • Cerun/ tanah runtuh
  • Jalan
  • Haiwan
  • Lampu atau lampu isyarat
  • Longkang/Banjir
  • OKU
  • Papan tanda atau iklan
  • Parkir
  • Pasar
  • Pokok/ Landskap
  • Pembakaran terbuka
  • Premis makanan
  • Tandas
  • Serangga
  • Sampah

Anda boleh memuat turun melalui pautan seperti berikut:

Foto: Aplikasi i-Tegur

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd