Now Reading
[Video] Sunscreen Kimia Boleh Sebabkan Kulit Muka Kusam? Ini Penjelasannya

[Video] Sunscreen Kimia Boleh Sebabkan Kulit Muka Kusam? Ini Penjelasannya

Pelindung matahari kimia akan menyerap sinaran UVA dan UVB ke dalam kulit, manakala jenis fizikal akan memantulkan cahaya matahari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemanasan global yang menyebabkan lapisan ozon semakin menipis bermakna cahaya UV matahari menjadi lebih kuat.

Orang ramai digalakkan agar sentiasa memakai pelindung matahari atau ‘sunscreen’ untuk mengelakkan kulit muka daripada rosak dan terdedah kepada masalah seperti kelihatan menua dan kanser.

Terdapat dua jenis sunscreen iaitu fizikal (mineral) yang hanya kekal di permukaan kulit dan kimia yang diserap ke dalam kulit.

Sumber gambar: Unsplash.

Perbezaan Antara Sunscreen Kimia & Fizikal

Menurut WebMD, pelindung matahari kimia akan menyebabkan tindak balas di dalam kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari. Perkara ini akan menyebabkan cahaya UV ditukar menjadi haba dan dilepaskan semula ke permukaan kulit.

Sebaliknya, sunscreen fizikal akan memantulkan cahaya matahari menerusi mineral titanium oksida dan zink oksida. Partikel kedua-dua mineral ini akan mewujudkan lapisan pelindung pada permukaan kulit.

Namun begitu, sunscreen yang mengandungi titanium oksida memantulkan lebih banyak cahaya dan meninggalkan kesan berwarna putih pada kulit yang dikenali sebagai ‘white cast‘.

Oleh itu, pilih pelindung matahari yang hanya mengandungi zink oksida untuk mengelakkan white cast.

Selain itu, sunscreen fizikal akan berfungsi serta-merta setelah disapukan pada kulit, tetapi jenis kimia memerlukan masa sekitar 15 hingga 30 minit sebelum ia aktif.

Sumber gambar: Unsplash

Sunscreen Kimia Boleh Sebabkan Kulit Muka Jadi Kusam

Seorang individu yang dikenali sebagai Huda telah membuat perkongsian mengenai penggunaan pelindung matahari kimia menerusi akaun TikToknya. Dia berkata walaupun sunscreen kimia berkesan dalam mengurangkan pendedahan terhadap cahaya UV, namun ia tidak sebagus sunscreen fizikal.

Menurutnya, sinaran UVA dan UVB yang diserap ke dalam kulit akibat pemakaian sunscreen kimia akan menyebabkan ia kelihatan kering dan menjadi lebih sensitif. Malah, sunscreen kimia akan memaksa kulit untuk ‘berkerja secara berlebihan’ sehingga kelihatan lebih kusam dan gelap.

Merujuk kepada laman web Kirsch Dermatology, kulit menjadi gelap jika terdapat bahan kimia di dalam sunscreen yang menyebabkan tekanan ke atasnya. Malah, sunscreen yang mengandungi bahan aktif hormon seperti oxybenzone juga boleh menyebabkan kulit menjadi gelap.


Semak Bahan-Bahan Pada Sunscreen

Di samping itu, Huda mengingatkan orang ramai agar sentiasa menyemak bahan-bahan pada label sunscreen.

Sumber gambar: Pexels

Tambahnya lagi, sunscreen yang bagus adalah yang dilabel ‘broad-spectrum’ dan mempunyai bahan seperti titanium oksida dan zink oksida. Menurut American Dermatology Association (ADA), pelindung matahari yang dilabel sebagai ‘broad-spectrum’ bermakna ia akan melindungi kulit daripada kedua-dua sinaran UVA dan UVB.

Sinaran UVA menyebabkan kulit menjadi menua dan menimbulkan kedut, manakala UVB mengakibatkan ‘sunburn’. Kedua-dua ini boleh menyumbang kepada risiko kanser kulit jika terdedah secara berlebihan.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar memilih sunscreen yang bersesuaian dengan jenis muka anda.


Pilih Sunscreen Dengan SPF30 Ke Atas

SPF merujuk kepada ukuran berapa banyak sinaran UVB yang boleh ditapis. ADA menyarankan sunscreen dengan SPF sekurang-kurangnya 30 yang akan menghalang sekitar 97% sinaran UVB.

Di samping itu, pelindung matahari juga perlu disapu semula setiap dua jam jika anda terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa panjang.

Joshua Zeichner dari bahagian dermatologi Mount Sinai Hospital menasihati agar memilih sunscreen dengan label ‘non-comedogenic’ bagi kulit berminyak atau berjerawat.

Sebaliknya, pilih sunscreen yang mengandungi bahan yang melembabkan seperti asid hyaluronik, jika kulit anda kering. Mereka dengan kulit sensitif juga lebih elok menggunakan sunscreen fizikal.

Sumber gambar: Pexels

Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk memakai sunscreen ketika berada di dalam rumah kerana masih boleh terkena cahaya UV dari luar.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Duduk Dalam Rumah Pun Kena Pakai Sunscreen Ke? Ini Kata Pakar

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Penggunaan Pelindung Matahari Boleh Menyebabkan Kanser Kulit?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd