Now Reading
#SQ321: Rakyat Britain Maut Ketika Dalam Perjalanan Bercuti Bersama Isteri

#SQ321: Rakyat Britain Maut Ketika Dalam Perjalanan Bercuti Bersama Isteri

Geoffery Kitchen yang merupakan warga Britain disyaki maut akibat serangan jantung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Insiden penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) dilanda gelora udara pada 21 Mei lalu telah mencederakan 30 penumpang manakala seorang lagi maut.

Keadaan tersebut menyebabkan penerbangan dari London ke Singapura itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bangkok, Thailand.

Baca Artikel Berkaitan: #SQ321: 1 Maut, 30 Cedera Dalam Penerbangan Singapore Airlines Selepas Insiden Gelora Udara


Warga British Maut Dalam Perjalanan Ke Percutian Bersama Isteri

Berita melaporkan penumpang yang maut merupakan seorang warga emas British berusia 73 tahun, Geoffery Kitchen. Kematiannya disyaki disebabkan oleh serangan jantung, lapor The Straits Times.

Dia yang merupakan seorang bekas pakar insurans juga ialah pengarah teater muzikal bagi Thornbury Musical Theatre Group (TMTG).

Kitchen bersama isterinya, Linda ketika itu sedang dalam penerbangan untuk berhenti di Singapura sebelum ke Australia bagi percutian selama enam minggu. Malah, mereka turut memasang niat untuk melancong ke Jepun dan Indonesia.

Linda kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Thailand. Walau bagaimanapun, keadaan balu tersebut masih tidak diketahui.


Kitchen Pengasas Kumpulan Teater Di Thornbury

Mendiang Kitchen merupakan kelahiran Bristol tetapi menghabiskan kebanyakan masa hidupnya di Thornbury, Gloucestershire.

Setelah bersara, dia mengasaskan TMTG dan baru sahaja melakonkan pantomim ‘Dick Whittington’ pada Krismas tahun lalu. Tahun ini, kumpulan teater itu bakal mempersembahan dua buah pementasan.

Dia merupakan seorang individu yang amat meminati dunia teater dan merupakan pelakon yang luar biasa, kata rakan baiknya, Jill Diamon kepada UK’s Guardian.

Dalam satu hantaran Facebook, kumpulan teater itu memberi ucapan takziah bagi kematian Kitchen. Katanya, dia telah memberi komitmen sepenuhnya bagi kumpulan itu dan komuniti di Thornbury.

“Komitmennya terhadap TMTG tidak dapat dipersoalkan dan dia telah berkhidmat bagi kumpulan ini dan komuniti setempat Thornbury selama lebih 35 tahun, memegang pelbagai jawatan termasuk Pengerusi, Bendahari dan terbaharu, Setiausaha,” katanya.

Anak Kitchen, Anna Proctor, meluahkan rasa kagum terhadap bapanya dan menggambarkannya sebagai seorang yang baik hati, penyayang serta lemah-lembut.

Sehubungan itu, pihak SIA meluahkan ucapan takziah kepada keluarga Kitchen serta memohon maaf atas insiden traumatik yang dilalui penumpang dan kru kabin dalam penerbangan tersebut.

Syarikat penerbangan menyediakan bantuan yang sepatutnya dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat insiden itu.


Pelajar Malaysia Salah Seorang Penumpang Penerbangan SIA

Dalam perkembangan terkini, SIA memaklumkan bahawa lima penumpang yang terlibat akan pulang ke Singapura hari ini, manakala 74 penumpang dan enam kru kabin kekal di Bangkok, termasuk mereka dan keluarga yang sedang menerima rawatan.

16 rakyat Malaysia merupakan sebahagian daripada penumpang yang terlibat. Penumpang lain merangkumi kerakyatan seperti berikut:

  • 56 dari Australia
  • 47 dari United Kingdom
  • 41 dari Singapura
  • 23 dari New Zealand
  • 5 dari Filipina
  • 4 dari Ireland
  • 4 dari Amerika Syarikat
  • 3 dari India
  • 2 dari Myanmar
  • 2 dari Indonesia
  • 2 dari Kanada
  • 2 dari Sepanyol
  • 1 dari Jerman
  • 1 dari Iceland
  • 1 dari Israel
  • 1 dari Korea Selatan

Bercakap kepada Reuters, seorang pelajar dari Malaysia, Dzafran Azmir mengingati kembali keadaan kelam-kabut dalam penerbangan itu.

Kapal terbang itu tiba-tiba menyenget ke atas dan bergoncang.

Pelajar Malaysia, Dzafran Amir

Menurutnya, kapal terbang telah “jatuh secara tiba-tiba” sehingga menyebabkan mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar “tercampak ke siling”.

Katanya lagi, beberapa orang terhantuk di tempat menyimpan bagasi di atas tempat duduk serta panel lampu dan topeng oksigen.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Gelora Udara SIA: Pekerja Airlines Beri 3 Nasihat Berguna Buat Para Penumpang. Penting!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd