Now Reading
Insiden Gelora Udara SIA: Pekerja Airlines Beri 3 Nasihat Berguna Buat Para Penumpang. Penting!

Insiden Gelora Udara SIA: Pekerja Airlines Beri 3 Nasihat Berguna Buat Para Penumpang. Penting!

Pada 21 Mei lalu, sebuah penerbangan membabitkan Singapore Airlines (SIA) dari London ke Singapura terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bangkok setelah mengalami insiden gelora udara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, satu insiden gelora udara membabitkan penerbangan Singapore Airlines (SIA) menyebabkan seorang penumpang terkorban dan 30 lagi tercedera.

Penerbangan yang berlepas dari London ke Singapura itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bangkok, Thailand.

Terdapat seramai 211 orang penumpang dalam penerbangan tersebut dengan 16 daripada mereka merupakan rakyat Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: #SQ321: 1 Maut, 30 Cedera Dalam Penerbangan Singapore Airlines Selepas Insiden Gelora Udara


Pekerja Airlines Kongsi 3 Nasihat Bagi Penumpang

Sehubungan itu, seorang individu yang telah bekerja dalam industri penerbangan selama 13 tahun, Syapik Hassan, memberi tiga nasihat kepada penumpang kapal terbang menerusi akaun Facebook miliknya.

#1. Sentiasa pakai tali pinggang keledar

Mungkin ada yang biasa tidak memakai tali pinggang keledar di dalam penerbangan apabila lampu isyarat dimatikan.

Namun begitu, Syapik menggalakkan orang ramai agar memakai seat belt sepanjang masa dan hanya membukanya apabila hendak ke tandas atau solat.

Ini kerana gelora dan poket udara tidak dapat dijangka dan boleh berlaku secara tiba-tiba. Anggaplah menaiki kapal terbang seperti menaiki kereta di mana anda perlu memakai seat belt sepanjang perjalanan.

Sumber gambar: Unsplash
#2. Pergi ke tandas sebelum naik kapal terbang

Selain itu, Syapik menasihati agar individu yang menaiki kapal terbang jarak jauh pergi ke tandas terlebih dahulu sebelum menaiki kapal terbang (boarding).

Ini bertujuan bagi mengurangkan keperluan untuk meninggalkan tempat duduk ketika dalam penerbangan.

Bayangkan jika terjadinya kemalangan sewaktu anda berjalan di kabin, pasti keadaan akan lebih buruk.

Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil pula, boleh cuba tempah kerusi berhampiran kawasan tandas agar tidak perlu berjalan jauh jika mereka ingin melepaskan hajat.

Sumber gambar: Unsplash
#3. Patuhi arahan kru kabin

Yang paling penting, Syapik menegaskan agar arahan pramugara dan pramugari sentiasa dipatuhi.

Mereka telah meluangkan majoriti masa bekerja di dalam penerbangan berbanding penumpang yang hanya menaikinya sekali-sekala. Oleh itu, sudah tentu mereka lebih berpengalaman dan memahami segala apa yang berlaku di atas udara.

Jika anda diarahkan untuk duduk, patuhi arahan tersebut kerana mungkin kapal terbang bakal atau sedang melalui kawasan yang bergelora. Begitu juga jika kru kabin enggan memberikan air panas kerana ia boleh menyebabkan melecur sekiranya tertumpah.

Sumber gambar: Unsplash

Dalam pada itu, dia berkata bahawa kesemua kru dan penumpang penerbangan SIA tempoh hari pasti berada dalam keadaan trauma. Malah, perkara ini mungkin sehingga menyebabkan mereka tidak berani menaiki kapal terbang buat masa ini.


Bagaimana Gelora Udara Berlaku?

Jika anda pernah menaiki kapal terbang, pasti ada timbul perasaan risau sekiranya tiba-tiba berlaku gelora udara. Tetapi tahukah anda apakah yang menyebabkan keadaan itu?

Menurut CNA, gelora udara berlaku apabila kapal terbang terperangkap dalam peralihan arus udara secara tiba-tiba yang disebabkan oleh perubahan pada kelajuan dan arah angin.

Keadaan ini boleh terjadi jika terdapatnya tekanan atmosfera, ribut petir, sedang melalui kawasan pergunungan atau arus udara kuat digelar arus udara jet (jet stream).

Untuk rekod, gelora udara akan menyebabkan kapal terbang bergoncang atau bergegar.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa penerbangan SIA tersebut tidak dapat menyedari gelora udara tersebut?

Ini kerana terdapat dua jenis gelora udara iaitu yang mengandungi partikel air dan poket udara. Jenis pertama boleh dikesan oleh radar kapal terbang, tetapi poket udara yang berlaku di altitud lebih 30,000 kaki tidak dapat dikenal pasti.

Buat masa ini, tiada teknologi untuk mengesan fenomena semula jadi ini.

Dalam insiden gelora udara membabitkan penerbangan SIA tersebut, pakar berkata ia merupakan tahap kekuatan tinggi yang jarang dialami oleh kapal terbang.

Sumber gambar: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bawa Bayi Naik Kapal Terbang? Ini 5 Tips Mudahkan Perjalanan Anda

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kebanyakan Kapal Terbang Dicat Guna Warna Putih? Ini 5 Sebab Yang Ramai Tak Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd