Now Reading
[Video] Ustaz Ahmad Rizam Kongsi 3 Tanda Seseorang Itu Berdosa, Menurut Ulama

[Video] Ustaz Ahmad Rizam Kongsi 3 Tanda Seseorang Itu Berdosa, Menurut Ulama

Salah satu tanda yang dikongsikan ialah hidup sentiasa merasa sempit kerana rezeki tidak diberkati.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai manusia biasa, sudah pasti kita tidak terlepas daripada melakukan sebarang dosa.

Menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk berusaha mengelak daripada melakukan dosa, apatah lagi tujuh dosa besar menurut agama. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh wanita baik-baik berzina.’”

Riwayat al-Bukhari (2766) dan Muslim (89)


Ustaz Kongsi 3 Tanda Dosa

Dalam pada itu, penceramah Ustaz Ahmad Rizam, telah menyatakan tiga tanda seseorang mempunyai dosa menurut para ulama. Video ceramah berkenaan telah dikongsikan menerusi platform TikTok di akaun @hambaallahdunia.

#1. Lemah Berbuat Ibadah

Umum sedia maklum, setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah Allah SWT, lebih-lebih lagi ibadah solat lima waktu setiap hari. Ustaz Ahmad berkata seseorang yang lemah atau tidak mampu berbuat ibadah merupakan tanda dia mempunyai dosa.

Orang yang masih membuat dosa akan berasa susah untuk mengerjakan solat sunat, berzikir, bertahlil serta tidak mampu bangun malam bagi mengerjakan solat sunat.

Lemahnya anggota badan kita ini, disebabkan dosa yang sedang kita lakukan.

Ustaz Ahmad Rizam
#2. Hidup Sentiasa Gelisah

Di samping itu, seseorang yang bergelumang dengan dosa akan sentiasa berasa gelisah dan resah.

Tambah Ustaz Ahmad, Allah SWT akan mencabut rasa ketenangan daripada diri seseorang yang melakukan dosa. Bagi individu tersebut, dia akan sentiasa dibelenggu masalah yang tidak pernah selesai.

Namun, ini tidak bermakna mereka yang menghadapi masalah klinikal seperti tekanan (depression) dan kegelisahan (anxiety) merupakan individu yang melakukan dosa.

#3. Rezeki Tidak Berkat

Tanda ketiga seseorang itu mempunyai dosa adalah rezeki yang tidak berkat. Ustaz Ahmad berkata hidup mereka akan sentiasa merasa sempit dan harta tidak pernah mencukupi.

Menurut pendakwah terkemuka Indonesia, Ustaz Abdul Somad, rezeki boleh ‘terbatal’ disebabkan oleh kesalahan seseorang walaupun ia telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firmannya dalam surah al-A’araf:

Maksudnya: “Dan jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti KAMI akan melimpahkan kepada mereka keberkatan daripada langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat KAMI), maka KAMI seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan.

Surah al-A’araf

@hambaallahdunia

Ada tanda, kata ulama, kalau kita ni ada dosa – Ustaz Ahmad Rizam #ustazahmadrizam

♬ original sound – Hamba Allah – Hamba Allah

Bertaubat Agar Diampunkan Dosa

Dalam memohon keampunan, seseorang haruslah bertaubat kepada Allah SWT dan bernekad agar tidak mengulangi dosa tersebut. Firman Allah SWT:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Surah al-Nur (31)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ بِذَنْبِهِ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya.

Riwayat al-Bukhari (2661)

Dalam kitab Tanbih al-Ghafilin oleh Abu al-Laith al-Samarqandi dalam, terdapat empat perkara yang menunjukkan seseorang telah bertaubat:

  • Tidak lagi berkata-kata dusta, ghibah dan perkara yang tidak penting baginya.
  • Tiada perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesiapa.
  • Telah menjauhi rakan yang membawa pengaruh buruk atau jahat.
  • Sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian, selalu beristighfar menyesali dosa-dosa lalu dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd