Now Reading
Buku ‘Jalan Tegak’ Syed Saddiq Dedah Ada Cadangan Lantik Azmin Ali Jadi PM Pada 2018

Buku ‘Jalan Tegak’ Syed Saddiq Dedah Ada Cadangan Lantik Azmin Ali Jadi PM Pada 2018

Perkara tersebut didedahkan di dalam buku terbaru Syed Saddiq, Jalan Tegak, yang akan dilancarkan di PBAKL bulan depan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyiapkan bukunya yang kedua berjudul Jalan Tegak. Naskah tersebut merangkumi pengalamannya dalam era politik tanah air.

Salah satu isu yang tersingkap di dalam buku tersebut adalah berkenaan wujudnya cadangan untuk mengangkat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Perdana Menteri pada tahun 2018.

Dia berkata bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ketika itu berasa tidak selesa dengan cadangan tersebut.

Tambahnya lagi, pihak Dr Mahathir berpandangan bahawa tindakan tersebut merupakan gerakan Azmin untuk membelakangkan Perdana Menteri ketujuh itu.

“Berlaku sedikit tarik tali di antara kedua-duanya kerana masing-masing tidak mahu menjadi yang pertama meminta bertemu,” jelasnya di dalam buku itu.


Syed Saddiq Cuba Jadi Orang Tengah

Pengasas bersama MUDA itu berkata dia telah cuba bertindak sebagai orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua ahli politik itu.

Saya cuba menguruskan hubungan antara Tun dengan Datuk Seri Azmin yang ketika itu Menteri Besar Selangor dan juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq

Katanya lagi rundingan bagi calon Perdana Menteri merupakan ‘detik paling getir dan panas’, apatah lagi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipenjarakan ketika itu.


“Langkah Sheraton Bukti Azmin Ingin Jadi PM” – Tun M

Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 menyaksikan pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh, dengan Azmin Ali menjadi Menteri Ekonomi di bawah kerajaan PH ketika itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan tersebut tumbang setelah hanya 21 bulan apabila Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.

Dr Mahathir pada 30 November 2020 telah mengeluarkan kenyataan bahawa Langkah Sheraton yang diatur oleh Azmin menjadi bukti dia menyimpan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Tambahnya, beliau yakin perkara berkenaan telah lama dirancang memandangkan seramai sembilan ahli parlimen PKR berjaya diyakinkan untuk menjadi sebahagian daripada ‘gerakan tebuk atap’ itu.


Buku Jalan Tegak Akan Dilancarkan Di PBAKL

Buku Jalan Tegak menggabungkan kisah sebenar Syed Saddiq dari era dia menyokong Datuk Seri Najib Razak sehinggalah menjadi ‘orang penting’ yang menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

Dalam buku itu juga disertakan kisah sebenar di sebalik “Langkah Sheraton, pemansuhan Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Undi 18, peranan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentukan kerajaan serta pandangan Tun Daim Zainuddin”.

Diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf, naskah itu akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 2 Jun depan.


2 Tahun Proses Hasilkan Buku Jalan Tegak

Menurut perkongsian Syed Saddiq di akaun X, dia berkata proses penghasilan buku tersebut mengambil masa dua tahun termasuk menghasilkan draf, menulis dan mengedit.

Katanya lagi, dia telah membuat beberapa kesalahan dalam hidupnya di samping kejayaannya yang ingin dikongsikan menerusi naskah tersebut. Dia berharap agar perkongsiannya dapat menjadi pengajaran buat orang ramai.

Pengalaman hidup mengajar untuk saya terus jalan tegak.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd