Mengapakah Masyarakat Bajau Laut Di Semporna Diusir & Rumah Diroboh?
Pihak berkuasa menekankan bahawa proses pengusiran tersebut adalah mengikut undang-undang dan notis pengusiran telah diberikan terlebih dahulu.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/plugins/wp-user-avatar/deprecated/wp-user-avatar/images/wpua-96x96.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2024/06/2-2.jpg.webp)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Minggu lepas, kecoh apabila tular video menunjukkan sebuah rumah milik masyarakat Bajau Laut di Semporna, Sabah dirobohkan dan dibakar.
Sehubungan itu, orang ramai mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam mengusir komuniti tersebut.
They are now burning indigenous stateless Bajau Lauts’ houses.
— yapxiang #EndStatelessness (@yapxiang) June 6, 2024
You can’t support Palestinians while turning a blind eye on the indigenous who are suffering in our very own country.
Humanity is not a buffet for you to choose according to your preference.pic.twitter.com/3PdIy2NrmZ
Persoalannya adakah benar pihak kerajaan yang membakar rumah masyarakat Bajau Laut itu?
Proses Pengusiran Mengikut Undang-Undang
Menurut Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew, proses pengusiran dan perobohan rumah terbabit dijalankan mengikut undang-undang.
Malah, notis pengusiran telah diberikan kepada masyarakat di sana antara 2 dan 4 Mei lalu.
Jelasnya, sebanyak 273 rumah yang dibina secara haram di atas perairan Semporna telah diberi notis tersebut setelah sebuah perjumpaan yang dipengerusikan oleh Taman-Taman Sabah (TTS) dan Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Mohd Farhan Lee Abdullah, diadakan pada 26 April.
Liew berkata, sewaktu operasi mengosong dan merobohkan dari 4 hingga 6 Jun, sebanyak 138 rumah di kawasan ‘hotspot’ telah dirobohkan.
Namun ada juga sesetengah penduduk yang merobohkan rumah mereka sendiri, manakala yang lainnya meninggalkan tempat itu.
Penduduk Didakwa Bakar Rumah Sendiri
Memetik sumber dari pihak polis, Liew berkata sesetengah pemilik membakar rumah mereka sendiri ketika kumpulan petugas tiada di sana dengan tujuan untuk mendapatkan simpati pengguna media sosial.
Arahan untuk mengusir masyarakat berkenaan dikeluarkan setelah satu insiden tembakan di Teluk Darvel dan kerisauan tentang aktiviti jenayah rentas esempadan.
Pada Oktober tahun lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menjalankan operasi keselamatan besar-besaran di Semporna dan Kunak.
Mereka telah merampas 17 buah bot pam dan menahan lima individu terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah, rentas sempadan secara haram dan penyeludupan.
Bajau Laut Hidup Secara Nomad
Seperti namanya, masyarakat Bajau Laut hidup secara nomad dan dikenali sebagai pelaut. Dikatakan bahawa mereka jarang menjejakkan kaki ke darat. Kebanyakan daripada mereka tinggal di perairan Sabah sejak sekian lama.
Dianggarkan sekitar satu juta masyarakat Bajau Laut tinggal di Malaysia. Sebahagian besar mereka tinggal di Sabah, Indonesia dan selatan Filipina, antaranya di Laut Sulu.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2024/06/1-7.jpg.webp)
Mereka menetap di atas rumah perahu yang cukup besar untuk menempatkan barang keperluan, atau di dalam pondok atas laut yang dibina di atas tiang kayu.
Keluarga Bajau Laut menyediakan resipi tradisional seperti Kasaba Panggykayu dan bertukar lebihan makanan laut dengan barang keperluan bersama penduduk pulau.
Majoriti Masyarakat Bajau Laut Tiada Pengenalan Diri Rasmi
Memandangkan mereka sering berpindah-randah, majoriti Bajau Laut tidak mempunyai sebarang dokumentasi. Walaupun terdapat segolongan yang telah masuk ke Malaysia menerusi proses imigrasi, masih ramai yang tidak mempunyai pengenalan diri rasmi.
Memandangkan mereka dianggap sebagai pendatang asing, aktiviti harian seperti memancing ikan, bercucuk-tanam dan membina bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah menyalahi undang-undang.
Kata Liew, pihak berkuasa mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang aktiviti haram di kawasan yang dilindungi dan diuruskan oleh TTS yang diduduki oleh masyarakat Bajau Laut.
“Kedaulatan undang-undang negara harus ditegakkan,” kata Liew dalam satu kenyataan Jumaat lepas, lapor Reuters.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2024/06/Untitled-design-3.jpg.webp)
Walaupun pengusiran terbabit dilihat sejajar dengan undang-undang negara, ramai yang melabel tindakan tersebut sebagai tidak bertimbang rasa dan salah dari segi kemanusiaan.
Sebuah organisasi hak kemanusiaan, Pusat Komas, meminta kerajaan untuk menyediakan penginapan alternatif bagi masyarakat Bajau Laut. Kerajaan juga digesa untuk menyelesaikan masalah dokumentasi agar mereka dapat diberikan layanan yang saksama dan perkhidmatan mustahak.
“Sama Macam Apa Berlaku Di Gaza” – Netizen
Isu ini hangat dibincangan dari pelbagai sudut dengan orang ramai memberi sokongan terhadap masyarakat Bajau Laut.
Sakit jiwa tengok netizen makin teruk jadi nasionalis-fasis. Tertipu dengan projek negara-bangsa yang didealkan sampai jadi kemanusiaan selektif. Isu Palestin gebang jadi pejuang, tapi masuk isu penindasan Rohingya dan Bajau Laut, “Dah kau bagi lah rumah tanah kau kat mereka tu.”
— A. Muziru Idham (@ahmad_muziru) June 9, 2024
Same energy like what happening in Gaza
— Al Seng Chang (@AlSengChang1) June 5, 2024
We’ve become a cruel country.
— Jo🔺Kukathas (@Jo_Kukathas) June 8, 2024
“The Bajau Laut have been living in the area since before there were official borders. The actions being taken against them is just cruel,” Mukmin said.’https://t.co/lyz0i2LLqA pic.twitter.com/NPTppFjdmR
Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga telah mengeluarkan satu kenyataan media yang mendakwa kerajaan gagal dalam memastikan kemudahan asas tersedia buat komuniti ini.
Hak Komuniti Bajau Laut
— Parti Sosialis Malaysia (@partisosialis) June 10, 2024
Pada ketika kerajaan gagal dalam memastikan bahawa komuniti ini disediakan dengan kemudahan asas seperti pendidikan, khidmat kesihatan dan perumahan dengan berkesan, dari mana wujudnya hak kita untuk merobohkan rumah dan menghancurkan kehidupan mereka? pic.twitter.com/TQfbd9kyeq
Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama Mahasiswa Keadilan Malaysia menggesa kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu kewarganegaraan di Sabah.
Dalam satu kenyataan bersama, mereka menegaskan isu warga tanpa negara membabitkan Bajau Laut adalah kompleks dan tidak boleh diselesaikan secara mudah.
“Jawatankuasa ini perlu berfungsi dalam menyediakan perancangan secara lebih tersusun serta menilai kembali perundangan, dasar dan prosedur yang sedia ada terutamanya dalam isu kewarganegaraan,” kata kenyataan itu lagi.
Namun, terdapat juga individu yang berpendapat kebimbangan terhadap keselamatan negara apabila membabitkan penempatan haram adalah wajar.
Pirate raids, kidnappings, drug trade, human trafficking are not rare occurrences in the Sulu and Celebes Sea.
— BerhalaKuning (@thelast_demigod) June 9, 2024
The concerns of the Sabahans living on the State's east coast are valid.
These people are nomadic in their lifestyles, and typically stateless. My guess is that, they had been squatting in the area without proper permit & identification, thus leading to this. Yes, it’s inhumane… Yet, laws must be enforced & see if there’s any way we can assist them.
— et (@bukanulatbuku) June 5, 2024
Suku ni dari Philipine, so kna paham2 lah, mereka sdh menceroboh tempat kita, dan sudah lama diberi peluang utk berpindah dan tidak diendahkan.
— kay (@Endo3144) June 6, 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.