Ini Panduan Travel Dari Malaysia Ke Thailand Bawa Kereta. Lebih Mudah!
Antara dokumen yang diperlukan untuk memasuki Thailand dengan memandu kereta adalah pasport, insurans dan geran kenderaan.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2021/10/Nurfarahin-90x90.jpeg)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/thailand-bawa-kereta.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Thailand adalah salah satu negara yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia terutamanya bagi mereka yang mahu ‘food hunting’ atau membeli-belah kerana terdapat pelbagai pilihan serta harga lebih murah di sana.
Selain menaiki kapal terbang, ada beberapa cara lain untuk ke negara berkenaan melalui jalan darat seperti van, bas, tren dan kereta.
Tetapi bagi anda yang mahu memandu kenderaan persendirian ke Thailand, terdapat prosedur yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.
Panduan Untuk Bawa Masuk Kereta Ke Thailand
Menerusi hantaran dimuat naik di laman X (@efaperfume), wanita ini menceritakan pengalamannya memasuki Thailand dengan memandu kereta persendirian melalui jalan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Bagi anda yang mahu membawa kereta memasuki Thailand, berikut adalah prosedur yang dikongsikan.
Antara dokumen yang diperlukan adalah:
- Pasport
- Geran asal kereta
- Insurans
- RM7 untuk dibayar di imigresen Thailand
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/thailand-bawa-kereta-2.jpg)
Apabila pasport anda sudah bersedia, boleh terus beli insurans GoThai. Sekejap je isi, waktu dalam perjalanan pun boleh juga.
Kemudian, boleh ambil dokumen tersebut di pejabat mereka di Napoh, Jitra, Kedah sebelum memasuki sempadan Thailand.
Di imigresen, terdapat tiga ‘checkpoint’ yang perlu dilalui dan kakitangan di sana akan menjelaskan segala prosedur yang perlu dilakukan.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/thailand-bawa-kereta-1.jpg)
Selepas keluar dari imigresen, anda akan melalui Dannok dan perlu memandu sekitar satu jam untuk tiba di Hatyai.
Tetapi sebelum melepasi sempadan Malaysia-Thailand, boleh terus isi minyak siap-siap stesen berhampiran kerana difahamkan harga minyak di Thailand agak mahal.
Stesen minyak terakhir sebelum sempadan adalah BHP Bukit Kayu Hitam. Jadi, rancang perjalanan anda sebaik-baiknya.
Sekadar perkongsian, wanita ini juga meminta rakyat Malasyai untuk berhati-hati jika tersalah parkir di Thailand kerana boleh dikenakan saman.
Jelasnya lagi, dia telah didenda RM128 (1,000 Baht) kerana masuk menggunakan lorong bertentangan dan parkir secara terbalik meskipun berada pada kotak parkir.
Cara bawa kereta masuk Thailand semudah ABC. All you need adalah:
— Efahanie (@efaperfume) May 29, 2024
1. Passport
2. Geran original kereta
3. Insurans wajib
4. RM7 untuk bayar di imigresen Thailand
I masuk ikut Bukit Kayu Hitam Kedah. Korang boleh ikut ni sebijik & selamat tiba di Thailand tanpa masalah pic.twitter.com/KjNerHKsAz
9 Tempat Makan Best Di Hat Yai, Thailand
Siapa yang suka ‘food hunting’, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan menarik di Hat Yai. Jangan risau, tak perlu bajet yang banyak pun untuk pergi ke sana.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Khairul-Aming-Kongsi-9-Tempat-Makan-Best-Di-Hat-Yai.-Harga-Pun-Murah-2.jpg.webp)
Kepada anda yang teringin untuk merasai sendiri hidangan tersebut, jom kami senaraikan lokasi-lokasi tempat makan best.
- Kaitod Meena
- Khlong Hae Floating Market
- Lee Garden Night Market
- Kai-Tod Decha
- Nimby Coffee House
- Central Festival Hat Yai
- Khlong Hae Buffet Seafood
- ASEAN Night Bazaar
- Â Food Villa
Jadi kepada anda semua yang bercadang untuk ‘food hunting’ di Hat Yai bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, jangan lupa berkunjung ke senarai lokasi di atas.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Khairul-Aming-Kongsi-9-Tempat-Makan-Best-Di-Hat-Yai.-Harga-Pun-Murah.jpg.webp)
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi 9 Tempat Makan Best Di Hat Yai. Harga Pun Murah!
Baca Artikel Berkaitan: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!
Baca Artikel Berkaitan: 15 Tempat ‘Wajib’ Pergi Bila Travel Ke Hat Yai, Thailand
Kepada anda yang mahu ke Thailand dalam masa terdekat, bolehlah menukar wang tunai dari Ringgit Malaysia (MYR) ke Thai Baht kerana nilai pertukaran matawang yang lebih rendah bagi rakyat kita.
Mengikut pertukaran semasa, matawang MYR kepada THB kini meningkat sebanyak 3.97% dalam tempoh setahun.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/7t-1024x470.jpg)
Perkara ini menguntungkan rakyat Malaysia kerana akan mendapat lebih banyak wang tunai.
Apa lagi, jom ke Thailand?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.