Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Semasa Bertugas Di Tokyo
Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pramugari berkenaan dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2021/10/Nurfarahin-90x90.jpeg)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/noorzana-hamim-malaysia-airlines.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap takdir manusia telah ditentukan oleh Allah SWT termasuklah tarikh kelahiran, jodoh serta ajal.
Tanpa mengira umur dan di mana anda berada, kematian tidak dapat dipercepat atau dilewatkan walau sesaat.
Sebagai Muslim, kita perlu bersiap sedia sekiranya dijemput oleh Malaikat Maut untuk menghembuskan nafas terakhir di dunia.
Pramugari Malaysia Airlines Bertemu Ajal Di Tokyo
Semalam (20 Mei) seorang pramugari Malaysia Airlines dilaporkan meninggal dunia ketika transit di Tokyo, Jepun.
Difahamkan, arwah telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun sebelum dijadualkan untuk mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Memetik laporan Berita Harian, perkara ini disahkan sendiri oleh syarikat penerbangan terbabit dan memaklumkan bahawa pramugari berkenaan dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/noorzana-hamim-malaysia-airlines-1.jpg)
Berikutan itu, Malaysia Airlines telah menghubungi keluarga arwah untuk memberitahu tentang berita dukacita itu kepada mereka.
Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini. Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana.
Malaysia Airlines.
Sehingga kini, punca kematian masih belum dikenalpasti. Walau bagaimanapun, komuniti kru syarikat kapal terbang tersebut mendakwa arwah mungkin terjatuh ketika sedang bersiap untuk bertugas.
Ramai Kenalan Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa
Di laman Facebook milik Noorzana, ramai kenalannnya yang menitipkan ucapan takziah selepas mendapat tahu tentang berita pemergiannya dan turut berdoa agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Cerita Menyentuh Hati Ketika ‘On Call’ Dalam Penerbangan Pulang Dari Istanbul
Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang
Baca Artikel Berkaitan: Hilang Pasport & Jam Dicuri Sebelum Berlepas, Doktor Ini Dipuji Bantu Pesakit Dalam Kapal Terbang Turkish Airlines
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.