[Video] Murid Beli Hadiah Sempena Hari Guru Di Habib Jewels
Kanak-kanak terbabit turut meminta ibunya agar membeli hadiah bagi tiga orang peniaga kantin di sekolahnya.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/plugins/wp-user-avatar/deprecated/wp-user-avatar/images/wpua-96x96.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/FI-TRP-BK-56.png)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
16 Mei merupakan hari yang amat bermakna buat para guru di Malaysia. Sambutan Hari Guru dijalankan bagi menghargai segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh mereka dalam mendidik generasi masa hadapan negara.
Menjelang Hari Guru, ramai murid pasti akan mencari hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada cikgu-cikgu yang mengajar mereka.
Barangan Kemas Dari Habib Sebagai Hadiah Hari Guru
Baru-baru ini, satu video yang tular di TikTok milik Nurashikin Din menunjukkan persediaan anak lelakinya membeli hadiah sempena Hari Guru.
Hadiah yang dipilih pula bukan calang-calang, tetapi merupakan perhiasan dari kedai barangan kemas Habib Jewels.
Kelihatan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Hafiy dibawa ke sebuah cawangan Habib Jewels.
Video sama juga menunjukkan beberapa pekerja di cawangan terbabit siap menghias kotak barangan kemas dengan riben berwarna putih. Comel betul!
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-121314.png)
Anak Ingin Beri Hadiah Pada Peniaga Kantin
Menjenguk ke ruangan komen, ibunya memberitahu bahawa mereka membeli gelang tangan.
Di ruangan kapsyen ditulis bahawa hadiah tersebut ingin diberikan kepada mualim dan mualimah di sekolah anaknya. Oleh itu, dipercayai bahawa gelang tangan tersebut bukanlah diperbuat daripada emas memandangkan lelaki dilarang memakai perhiasan sedemikian.
Dalam pada itu, Nurashikin berkata Hafiy turut meminta hadiah berkenaan untuk tiga orang peniaga di kantin. Mereka juga bercadang untuk menghasilkan kad ucapan DIY untuk diberi kepada para guru.
Nurashikin juga berkata dia menghargai jasa guru-guru kepada anaknya yang sentiasa memaklumkan perkembangan anak di sekolah secara peribadi.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122114-1-1024x530.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122204-1-1024x409.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122315-1024x442.png)
Guru Hargai Segala Hadiah Diberi Murid
Di samping itu, beberapa individu dari kalangan pendidik berkata bahawa mereka tidak kisah dengan nilai hadiah yang diberi ketika Sambutan Hari Guru dan akan sentiasa menghargainya.
“Dapat pen merah pun dah syukur. Yang penting murid hormat dan hargai cikgu,” kata seorang pengguna.
Seorang guru, Asmak Ismail berkata dia telah menasihati anak muridnya supaya tidak memberi sebarang hadiah jika tidak berkemampuan. Baginya, cukup sekadar anak-anak muridnya belajar dengan rajin.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122336-1024x292.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122059-1024x327.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122435-1024x240.png)
Beberapa pengguna TikTok turut berseloroh jika Hafiy masih memerlukan cikgu lain. Ada-ada je perangai ya!
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122228-1024x166.png)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2024/05/Screenshot-2024-05-15-122245-1024x205.png)
Abang Hafiy sebelum ini pernah tular apabila menghadiahkan barangan Smiggle dan Kate Spade kepada rakan-rakan sebelum berpindah sekolah.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Sponsor Smiggle & Kate Spade Buat Rakan Sekolah Sempena Anak Pindah Sekolah
Cadangan Hadiah Buat Hari Guru
Memandangkan Hari Guru akan tiba esok (16 Mei), di sini kami kongsikan beberapa cadangan hadiah untuk guru anak-anak anda.
- Tali leher
- Tudung
- Kerongsang tudung
- Buku planner
- Botol air, cawan atau tumbler
- Jam tangan
- Pendrive
- Pen, buku nota dan alat tulis lain
Boleh juga berikan kad atau perhiasan DIY yang dihasilkan sendiri oleh anak-anak. Apapun, pastikan hadiah yang dibeli berada dalam bajet anda. Tidak perlu berasa terpaksa kerana para guru sentiasa ikhlas mengajar murid-muridnya.
Baca Artikel Berkaitan: 7 Hadiah Yang Boleh Diberikan Kepada Para Cikgu Sempena Hari Guru, 16 Mei
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Demi Kenang Jasa, Murid Ini Lukis Potret Guru Ala Pendekar Untuk Hadiah Persaraan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.