[Video] Gelagat Para Menteri Buat Senaman Ringan Dalam Bilik Mesyuarat Raih Pujian, Sama Macam Di Jepun!
Antara ahli politik yang turut dilihat melakukan senaman X-Break di bilik mesyuarat itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali kita lihat para menteri di kaca televisyen atau sidang media, kebanyakan daripada mereka akan membawa perwatakan yang serius.
Maklumlah, kebanyakan perbincangan yang dilakukan adalah melibatkan topik yang berat bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.
Tetapi sekali-sekala, mereka juga dilihat cuba untuk melakukan aktiviti lain bagi mengurangkan stres seperti mana yang dilakukan baru-baru ini.
Para Menteri Ramai-ramai Buat Aktiviti Senaman Ringan Dalam Bilik Mesyuarat
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@saifuleopi_22), kelihatan para menteri yang dipercayai berada di dalam bilik mesyuarat sedang menjalankan aktiviti senaman ringan atau dipanggil X-Break.
Katanya senaman itu dibuat untuk memastikan semua individu kekal aktif sebelum meneruskan rutin pekerjaan dan tugas masing-masing.
Antara menteri yang turut dilihat melakukan senaman tersebut adalah:
- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi
- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh
- Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli
Menurut pemilik akaun TikTok itu, rutin berkenaan dilakukan setiap hari.
Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Gelagat Menteri Bersenam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan memberikan pelbagai reaksi selepas melihat senaman dilakukan oleh para menteri untuk kekal cergas menjalankan tugas.
Malah, ada juga netizen yang menjelaskan bahawa aktiviti seperti ini juga diamalkan di negara Jepun (Taiso) dan China supaya meningkatkan stamina terutamanya ketika menyertai mana-mana kursus.
“Terbaik untuk stamina buat senaman ringan tu. Jepun dan China memang dah jadi amalan mereka. Kalau di kursus-kursus pun buat yang sama,” ujar netizen.
Gelagat Ahmad Zahid Hamidi yang tidak kekok melakukan senama tersebut meskipun dirinya menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri juga mendapat pujian netizen.
“TPM sempoi je,” ujar netizen.
Cara-cara Untuk Lakukan Aktiviti X-Break
Memetik dari laman web Info Sihat, X-Break adalah aktiviti regangan ringkas di ruang kerja dan dilakukan semasa waktu bekerja.
Bagi menjalankan aktiviti X-Break ini, sektor awam dan swasta akan diberi fleksibiliti selama 15 minit semasa waktu bekerja dan masa operasi organisasi mengikut kesesuaian masing-masing.
Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- Berjalan pantas di pejabat
- Naik turun tangga
- Lari setempat
- Lompat bintang
- Senaman menggunakan muzik iringan.
Sesi ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau berseorangan dan pastikan ia bersesuaian bagi semua peringkat umur termasuk ibu mengandung atau individu kelainan upaya.
Aktiviti ini boleh dilakukan untuk tempoh lima minit setiap sesi bagi selang masa 2 jam.
Baca Artikel Berkaitan: “Baru Bangun Tidur Dah Penat” – Doktor Beri Penjelasan Tentang ‘Sleep Debt’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Macam Mana Nak Tahu Mental Sudah Penat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.